Followers

Monday, November 5, 2012

Background

Semua cerita di dalam entry ini adalah based on my true experiences.

Setakat ini saya telah mempunyai seramai 3 orang maid silih berganti dari tahun 2008 hingga kini.

Seperti kebanyakkan dari kita (referring to myself) yang sibuk bekerja, sudah tentu mengimpikan maid yang mendengar kata, mengikut segala arahan tanpa banyak soal, bijak mendidik anak-anak, pandai mengemas rumah, rajin, pandai memasak (bonus bagi sesetengah majikan), perfect dalam menggosok baju and the list goes on and on and on.

More often that not, kita (referring to myself again) yang kononnya perfectionist ini selalu nampak kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh maid yang akhirnya membuatkan kita stress dan hubungan majikan-maid menjadi tidak sihat dan worst case scenario, maid itu akan melepaskan kemarahan kepada anak-anak sebagai tanda protes terhadap majikan semasa kita sibuk bekerja di pejabat (Nauzubillah).

Dengan adanya blog ini, saya akan kongsikan cara-cara untuk menjadikan hubungan majikan-maid is a win-win situation dan bagaimana menjadikan maid anda mendengar kata tanpa perlu memberi arahan berulang-ulang kali based on my true experience.

So to my dearie reader, stay tuned <3


No comments:

Post a Comment