Followers

Monday, November 5, 2012

Story #1 - Cara 'memberi' arahan

Maid saya sudah bekerja dengan saya lebih dari 2 tahun.

Sepanjang waktu tersebut, saya sangat stress dan tension apabila diberikan arahan kadang-kadang ikut kadang-kadang tidak ikut.

Bila ditanya, menjawab.

Bila dimarahi, memuncungkan muka dan memprotes.

Arahan perlu diberitahu berulang-ulang.

Situasi seperti ini menyebabkan hubungan majikan-maid menjadi dingin dan suasana sgt tidak kondusif di rumah.

Sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa blog cikgu khairulaniza http://khairulaniza.blogspot.com/ mendidik anak didiknya mencontohi akhlak Nabi Rasul mulia, Muhammad SAW melalui penyelidikan yang dijalankan oleh team http://www.psikologihadith.com/

Tanpa menunggu masa yang lama, saya terus memulakan teknik tersebut dalam hubungan majikan-maid ini.

Cara yang paling berkesan untuk memberi arahan ialah dengan memuji. Tidak percaya? Teruskan membaca :)

Cerita ini berlaku pada 24 Oct 2012 yang lepas

-------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini diteruskan lagi usaha utk menaikkan semangat bibik saya menjadi bibik yang rajin dan seronok bekerja dgn saya..Insyaallah.. Ada beberapa perkara yang sebelum ini saya penah tegur bibik saya tapi kesalahan masih diulangi... Jadi otak saya sudah ligat berfikir utk menggunakan teknik Nabi..

Keindahan menggunakan teknik Nabi, kita disarankan utk :
1) MELIHAT kebaikan orang bukan kesalahan
2) PUJI kebaikan,lihat pada USAHA walaupun kecil bukan HASIL 
3) bukan MENGHUKUM kesalahan sebaliknya MENERANGKAN kesalahan..

Balik rumah after office, saya ke bilik hazieq, saya lihat lampu bilik ditutup tapi lampu toilet di dlm bilik hazieq masih terbuka..

Saya ke bilik kakak, tgk lampu dan kipas ditutup...perfect

Ok, saya dah jumpa 'ACHIEVEMENT' bibik saya pada hari ini, saya tak sabar ingin memujinya..

Selepas solat isyak, saya keluar dari bilik lihat bibik ada bersama Auni di ruang TV..

Saya terus berkata "Bagus Kak Tie dah tutup lampu dekat bilik hazieq dan tutup kipas kat bilik kakak. Tahniah! Kalau Kak Tie selalu tutup lampu dan kipas, bil elektrik saya akan berkurang, mungkin Kak Tie akan dapat rezki lebih :)"

Saya lihat dia tersenyum tersipu....

Saya sambung lagi "Tapi lampu toilet bilik Hazieq masih terbuka, nanti Kak Tie tolong tutup ok?"

Dia menjawab "Itulah kadang2 aku sudah tutup malam2 pagi2 aku tgk terbuka..Mungkin ada org lain masuk agaknya" katanya beralasan :)

Saya menyambung "Tak apa, nanti Kak Tie tolong tutupkan aja ok. Boleh jimat bil elektrik saya :)"

Kemudian saya masuk ke bilik sebentar dan beberapa minit kemudian saya keluar utk mengambil Auni..

Sebelum itu, saya pergi ke bilik kakak n hazieq...last spot check :D tgk2 lampu bilik dan toilet sudah ditutup..oh gembiranya hati saya :)

Terus saya pergi ke bibik saya "Tahniah Kak Tie, Kak Tie dah berjaya tutup lampu dan menjimat bil elektirk saya" puji saya serta merta

Saya lihat dia gembira dan tergelak kecil...Oh saya pun gembira :) hehe..

Inilah indahnya Akhlak Nabi Rasul tercinta:

Tips memuji:
1) Cari kebaikan org yg ingin kita dorong..
1) Puji pada usaha yang telah dilakukan w.pun kecil - "Bagus Kak Tie dah tutup lampu dekat bilik hazieq dan tutup kipas kat bilik kakak. Tahniah!" 
2) Impak positif dari pujian - "Kalau Kak Tie selalu tutup lampu dan kipas, bil elektrik saya akan berkurang, mungkin Kak Tie akan dapat rezki lebih :)"
3) Berdoa - Oh yang ni saya lupa lagi tadi :D Sepatutnya saya angkat tangan berdoa dgn kuat "Ya Allah, terima kasih kau kurniakan aku bibik yang rajin seperti Kak Tie dan kau permudahkanlah rezkinya" - ok doa ni dah ada dlm kepala nanti2 saya nak bacakan utknya :)
4) Pujian harus dilakukan serta merta

Ok cukup dulu takat ini, supaya tak confuse :) Ingat, cabaran sentiasa ada dlm kita menggunakan teknik ini contohnya akan ada suara2 nakal dlm hati (syaitan la tu :D) "asik aku je dorong orang, siapa yg nak dorong aku...hehe"

Tappe kuatkan semangat, jgn berputus asa...Allah ada...minta pertolongan dariNya..(oh selingan, ni nak nasihatkan diri sendiri sebenarnye :D)

My self advise, cuba masterkan satu teknik dulu pastu tambah2 teknik yg lain supaya tak confuse dan kita istiqomah Insyallah..

Yang baik dtg dari Allah, yg salah dari diri saya sendiri..

Jom selawat atas Nabi, Allahumma salli ala Muhammad...

No comments:

Post a Comment