Followers

Friday, February 1, 2013

Story #2 - Apabila maid membuat kesalahan

Beberapa hari lepas, saya terjumpa anakanda Solehah Auni Balqis (usia 5 bulan) ditinggalkan bersama botol susu yang masih penuh berisi ditinggalkan sendirian di mulut anakanda. Perbuatan seperti menyuruh anakanda Auni minum susu sendiri seperti kanak2 yang sudah besar.

Maid pula berada di luar rumah membuat kerja lain.

Subhanallah, hati begitu kurang puas hati. Sudah selalu dipesan agar jgn tinggalkan anakanda solehah Auni Balqis minum susu sendirian takut tersedak susu.

Tatkala, perasaan marah datang menimpa, masuk ke bilik berbincang dengan Hubby Darling apakah kata-kata yang sesuai untuk diucapkan bagi menerangkan kesalahan itu.

Alhamdulillah, Allah memberi ilham untuk menerangkan kesalahan.

Penerangan kesalahan tidak dibuat immediately semasa marah tetapi sudah mencipta skrip untuk berkata2.

Tika tinggal berdua bersama maid, lalu saya katakan padanya:

"Kak Tie boleh tolong saya tak?"

Beliau menjawab "Tolong apa?"

Lalu saya pun menggunakan cerita pihak ketiga "Haritu saya ada dengar berita, budak mati tersedak susu sbb susu ditinggalkan sendirian dgn baby" (Terangkan kesalahan menggunakan pihak ketiga)

Beliau menjawab: "Oh, aku tahu" (Sebelum ini pun saya memang pernah ceritakan kepada beliau tentang bahaya membiarkan anak kecil minum susu sendiri)

Lalu saya pun berkata dgn nada yang biasa "Saya nak minta tolong pada K.Tie lain kali kalau bagi Auni minum susu, Kak Tie mesti ada sama-sama. Jangan dibiarkan seorang. (Tunjukkan cara yang betul shj) Kalau tak jadi apa2 tak apa, tapi kalau jadi apa-apa kan susah" (Impak)

Saya sambung lagi "Kak Tie buat kerja lain memang dah bagus (Pujian) Saya suka (Impak) Cuma, satu ni sahaja saya nak minta tolong jangan tinggalkan Auni minum susu sendiri lagi"

Beliau membalas "Ok..." (dengan suara yang biasa2 shj)

Alhamdulillah, selepas itu layanan kpd saya atau pertanyaan saya dijawab seperti biasa dengan baik tiada tanda2 beliau marah atau memuncung apabila diterangkan kesalahannya.

Ya Allah, selamatkanlah kami, kaum keluarga kami dan muslimin muslimat daripada perkara2 yang tidak diingini. Amin Amin Ya Rabb~

Allahumasoliala Muhammad..

No comments:

Post a Comment