Followers

Saturday, February 2, 2013

Story #3 - Apabila kesalahan yang sama dibuat kembali..

Allahu Akbar, pagi2 telah diuji..

Subhanallah, baru2 ini saya telah sharekan tindakan yang dilakukan kepada maid yang melakukan kesalahan.

Hari ini, Allah menguji saya kembali atas perkongsian tempoh hari dan adakah ilmu yang saya ada, diamalkan.

Allah berkata dalam kitabNya (Al-Quran) yang mulia:
Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal kamu belum (diuji) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu?

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)

Allahu Akbar, jika dibandingkan dengan ujian yang kecil ini, sangat malulah saya pada Allah.

Syaitan itu sentiasa meniup2 perasaan marah untuk makin membara.

Pagi tadi, sewaktu ingin mengambil anakanda Solehah Auni Balqis di buaian (umur 6 bulan) saya lihat ada botol susu berisi susu di sisi anakanda Auni.

Allahu Akbar, penerangan kesalahan kepada maid tempoh hari tidak berapa berkesan.

Jika diikutkan hati yang geram, mahu saja saya tuju kepada maid dan menegur perbuatannya itu.

Tapi Alhamdulillah, Allah tiupkan sedikit kesabaran pada saya.

Saya pergi ke bilik hazieq melihat maid sedang menggosok pakaian.

Lalu saya katakan kepadanya:
"Kak Tie letakkan susu dgn Auni sendirian?"

Lalu beliau menjawab:
"Haah, tak apa aku ada di sini" (Beliau mengaku dan menyetujui tindakan yang diambilnya)

Subhanallah, jika ikutkan amarah memang akan keluarlah kata2 yang kurang enak.

Bila dijawab begitu, saya agak kehilangan kata2.
Dalam hati memujuk diri sendiri dan dimulut saya berkata:
Kak Tie kan bibik yang baik hati, Kak Tie selalu dengar cakap majikan dan Allah beri pahala pada Kak Tie. (Pujian)

Lepas ni K.Tie ada dengan Auni bila bagi susu ok? Boleh Kak Tie?

Beliau menjawab OK tetapi dari riak wajahnya saya nampak beliau masih tidak berpuas hati dan memuncung.

Saya tinggalkan beliau kembali bersama anaka-anak.

Lalu saya pun berfikir bagaimana untuk menjernihkan keadaan. Saya mahu suasana yang kondusif, lagi pula banyak kerja2 yang perlu dibuat dan saya tidak mahu beliau membuat kerja dengan memasam muka. Macam2 skrip saya reka di kepala untuk dituturkan dihadapannya nanti.

Tiba2 Allah berikan Ilham. Berikan ganjaran Material.

Bila saya lihat tempoh bertenang, dan maid saya berada di ruang tamu, lalu saya katakan kepadanya:

"Kak Tie, ni buat K.Tie yang selalu bersihkan rumah, menjaga anak2 dengan baik dan pandai buat kerja" (Sambil menghulurkan sekeping note RM)

Beliau menjawab: Thank You (Dengan nada yang agak ceria)

Lalu Saya katakan padanya:

"Minta maaf jika tadi K.Tie ada terguris" (Saya merendahkan Ego untuk apa dimenangkan Syaitan musuh Allah itu)

Beliau menjawab:
"Oh biasalah tadi ada sedikit, sekarang sudah Ok"

Kemudian saya menyambung:

"Saya berdoa selepas ini K.Tie akan sentiasa ada bersama Auni ketika memberi susu" (Tunjukkan Cara yg betul)

Beliau menjawab (lebih kurang beginilah yg saya faham):
"Tadi aku lihat dia bukan mahu minum, hanya bermain2 sahaja dengan botolnya. Yang kalau tersedak itu bila menangis, memanglah jgn diberi waktu itu"

Lalu saya berkata "Tak apa, jika Auni main2 pun saya nak K.Tie ada bersama Auni bila ada susu dengannya. Jika ada kerja rumah yang lain, tangguhkan dahulu. Lagipun Auni minum susu sekejap aja" (Tunjukkan cara yang betul)

Kemudian saya teruskan dengan memberi impak positif.

Jika tempoh hari saya ada memberi impak tetapi ayat bercampur, impak positif dan negatif, kali ini saya ikut perkongsian ilmu Tuan Ahmad Saifuddin Yusof, impak yang diberi haruslah sentiasa positif.

Saya menyambung:
Apabila Kak Tie menggembirakan hati majikan, Insyaallah kerja K.Tie akan lebih berkat. (IMPAK POSITIF)
Saya doakan byk pahala buat K.Tie (DOA)

Beliau pun mengaminkan doa saya.

Alhamdulillah, emosinya pulih kembali dan ceria.

Allahu Akbar. Allahumasoliala Muhammad...

Yang baik itu ilham dari ALLAH yg salah silap itu kesilapan saya sendiri dan saya mohon ampun dari Allah.
Rujukan Hadith:

Mu'awiyah bin al-Hakam al-Sulami melaporkan, katanya: "Sewaktu saya sedang bersembahyang bersama-sama Nabi Muhammad, tiba-tiba salah seorang daripada jemaah bersin. Saya pun mengucapkan 'Yarhamuka Allah'. Lalu semua orang memandang saya. Saya pun berkata, "Saya sungguh kesal, apakah yang menyebabkan kalian memandang saya?" Itu menyebabkan mereka menepuk paha dengan tangan mereka. Apabila saya pandang mereka, saya pun faham mereka mahu supaya saya diam, lalu saya pun diam. 

Apabila Rasulullah selesai solat, demi ayah dan ibu, saya tidak pernah melihat seorang guru, sama ada sebelum ataupun selepas Rasulullah, yang lebih baik mengajar daripada beliau. Demi Allah, beliau tidak memarahi, memukul ataupun mengkritik saya. Beliau hanya berkata: "Sesungguhnya semasa sembahyang solat, tidak boleh mengucapkan apa-apa komunikasi dengan manusia. Sesungguhnya, ucapan yang sesuai itu adalah tasbih, takbir dan membaca al-Quran." -- Hadith ini terdapat dalam koleksi hadith autentik Bukhari dan koleksi Abu Daud. 

Semasa peristiwa ini berlaku, Muawiyah bin Hakam baru sahaja memeluk Islam.

Dalam peristiwa itu, Muawiyah melakukan kesilapan teknikal. Dia bercakap semasa sedang bersembahyang. 

1. Nabi Muhammad dapat mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Muawiyah, yakni beliau tahu ada orang melakukan kesilapan teknikal.  

2. Sebaik-baik selesai sembahyang Nabi Muhammad terus membetulkan kesilapan teknikal itu.

3. Beliau tidak menyiasat siapa yang melakukan kesilapan itu dengan bertanya: "Siapa tadi yang saya dengar bercakap-cakap semasa kita sedang solat?"

4. Nabi Muhammad hanya menerangkan peraturan sembahyang di mana beliau memberitahu jenis kata-kata yang boleh disebut, dan yang tidak boleh disebut, semasa sedang bersembahyang.

5. Nabi Muhammad tidak menujukan secara spesifik tegurannya kepada Muawiyah. Kata-katanya ditujukan kepada semua orang yang hadir pada masa itu.

6. Strategi pendidikan Nabi Muhammad dalam peristiwa ini:

i. Kepada orang yang melakukan kesilapan disebabkan dia tidak tahu peraturan, cara membetulkan kesilapannya adalah dengan menerangkan peraturan itu.

ii. Kesilapan dilakukan oleh SATU individu, tetapi penerangannya ditujukan kepada SEMUA individu.

Nota: Yarhamuka Allah = Semoga Allah merahmati kamu.

Sumber: http://www.psikologihadith.com/

No comments:

Post a Comment