Story #8 - Memuji di hadapan VVIP
Sudah
agak lama saya tidak update perihal maid saya yang sudah menjadi maid
yang sungguh cemerlang setelah saya mengamalkan 'Akhlak Rasulullah SAW'
kpd beliau sejak bulan Sept/Oct yang lalu.
Allahumasoliala Muhammad..
Perubahan sikap yang sangat ketara sehingga bonda menceritakan pada
suatu hari tatkala bonda singgah di rumah saya sebentar (saya tiada
dirumah), bonda mahu terus segera pulang ke rumahnya. Tiba2 maid saya
berlari mendapatkan bonda, beliau segera menyerahkan 'sambal' buatannya
kepada bonda sambil berkata "Ibu, tidak mahu singgah dahulu?"
Wah, bila bonda bercerita, saya sangat kagum dengan kecemerlangan Maid saya itu. Perubahan sikap 'above expectation' :)
Ok itu satu cerita, satu cerita lagi ada satu insiden tika bonda dan ayahanda datang melawat saya dan keluarga pada suatu hari.
Pada saat itu, Maid saya ke ruang tamu, ingin memakaikan diapers kepada
kakak (4 tahun) kerana beliau sudah tertidur di ruang tamu.
Lalu saya berkata kepada maid saya "Kak Tie, pakaikan pampers kakak
dalam bilik kakaklah" (tujuan sebenar kerana agak kurang sopan tika
tetamu lain ada diruang tamu)
Maid saya menjawab : "Ala pakai disini sahajalah" (Saya tahu beliau agak keberatan untuk mengangkat kakak ke biliknya)
Lalu saya menggunakan 'Teknik Nabi' memuji di depan VVIP.
Saya pun berkata "Kak Tie kan bibik BAIK HATI, tukar pampers kakak dalam bilik kakak ok?"
Subhanallah, walaupun dengan hati yg berat beliau angkat kakak dan ke bilik kakak untuk memakaikan diapersnya.
Kesimpulan saya sendiri:
1) Bila seseorg dipuji di depan khalayak, self esteem dia akan meningkat naik.
2) Impak yang lebih besar kerana dipuji secara terbuka
3) Penghargaan lebih besar kerana ada orang2 VVIP (bonda dan ayahanda saya) tika itu
Rujukan Hadith:
Anas bin Malik melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang
dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan
nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu
sembahyang, sambil dia membaca dengan kuat 'Alhamdulillahi hamdan
kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang
banyak, bagus, lagi penuh berkat.) Selepas selesai sembahyang, Nabi
Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua
orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad
bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya
dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki
berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan
kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak
12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”
Kesimpulan hadith: Pemuda itu dipuji didepan para sahabat dan jemaah yang solat bersama Rasulullah :)
Allahumasoliala Muhammad
Yang baik datang dari Allah, yang buruk dtg dari kelemahan dan kesilapan saya sendiri.
27 Dec 2012
No comments:
Post a Comment