Followers

Saturday, February 2, 2013

Story #6 - Ilmu ayat tawaran diingatkan oleh Maid

Allahu Allah, setelah maid saya buat tawaran pada kakak (4 thn 2 bulan) sebentar tadi kakak datang kepada saya dan berkata:

Mummy mummy, hazieqkan dia kan buang kopok (keropok).

Lalu saya pergi ke Hazieq (2 thn 3 bulan) dan nampak keropok bersepah-sepah di atas lantai. Saya teringat akan tawaran maid saya sebentar tadi lalu saya pun berkata:

"Siapa nak jadi anak yang soleh dan solehah?" (dengan nada suara boleh didengari oleh kedua-duanya). Saya pun sambung:
"Siapa nak jadi anak yang soleh dan solehah kita clean up sama-sama dan letak keropok atas meja"

Immediately, Hazieq dan kakak (si pengadu tadi) bekerjasama membersihkan bukan sahaja keropok malahan tisu-tisu semua di atas carpet.

Subhanallah, terus bersih. Allahumasoliala Muhammad ♥

Wah, hari ini saya ilmu saya diingatkan oleh maid saya... Gembiranyaaa Allahu Akbar ♥

Note: Jika mahu membaca hadith berkenaan bahasa tawaran yang digunakan oleh Rasulullah SAW ada dalam sharing post ini :)

No comments:

Post a Comment