Followers

Saturday, February 2, 2013

Story #10 - Rumah yang kemas...

Pagi semalam, sewaktu bersiap2 mahu ke tempat kerja saya melihat ruang tamu rumah sudah cantik bersih dikemas bibik..

Dalam hati, oh saya harus memuji bibik supaya dia terdorong utk mengemas rumah lg dan sebagai ganjaran sosial supaya rasa diri dihargai..

Tetapi sewaktu saya melangkah keluar rumah, bibik sedang memandikan hazieq di bilik hazieq, jadi saya tidak berkesempatan utk memuji sikap baiknya itu..

Dalam kereta otw to office saya rasa bersalah kerana tidak sempat memuji...tidak sempat memberi penghargaan kpd bibik saya..

Pulang dari kerja, keadaan rumah tidak seperti pagi tadi (bersih dan kemas) kerana kakak sudah pulang dari sekolah dan hasil bermain2 dgn hazieq rumah akan kelihatan seperti "tongkang pecah" hehe :D Saya tidak memarahi bibik sebaliknya memujinya:

Saya : "Kak Tie, saya x sempat nak bagitahu pagi tadi..Tahniah..Rumah pagi tadi bersih...Saya suka seronok sgt :)"
Kemudian saya angkat tangan "Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih kau kurniakan saya bibik yang rajin..Semoga beliau dimurahkan rezeki..Amin"

Saya lihat bibik saya tersipu2 tetapi gembira :)

Usai solat Isyak, kami sekeluarga keluar rumah pegi melawat bonda saya tercinta kerana pagi ini beliau bersama2 dgn kakak2 saya akan pergi cuti2 ke negara jiran sambil bershopping..Menziarahi bonda utk mendoakan perjalanannya selamat pergi dan pulang..

Pulang dari melawat bonda, apabila saya buka pintu rumah saya tersenyum lebar...rumah saya in a VERY PERFECT CONDITION..sgt kemas tersusun cantik :) Bibik sudah tidur agaknya...

Terdetik dalam hati, adakah pujian tadi mendorongnya lebih bersemangat utk mengemas rumah... Subhanallah Maha suci Allah, Allahuma Soliala Muhammad...dengan mencontohi akhlak Nabi orang yg dipuji terdorong utk melakukan lebih kebaikan sampaikan tidak disangka2...I wont expect her to clean up the house since its already nite time, selalunya dia akan kemas pagi2 tapi the impact is beyond my expectation...Terima Kasih Allah!~

Tips utk hari ni:
Semasa saya pulang dari office, melihat rumah bersepah saya tidak memarahi bibik saya...saya tidak berkata:
Saya balik kerja penat2 tgk rumah bersepah sakit mata saya (SALAH)
Takkanlah kemas rumah sikit pun tak boleh (SALAH)
Ish, sepahnyaa rumahhhhhh (SALAH)

Sebaliknya saya memuji tindakannya pagi tadi yang telah membersihkan rumah:
Puji usahanya "Kak Tie, saya x sempat nak bagitahu pagi tadi..Tahniah.." (BETUL)
Impak dari usahana membersihkan rumah "Rumah pagi tadi bersih...Saya suka seronok sgt :)" (BETUL)
Saya mendoakannya "Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih kau kurniakan saya bibik yang rajin..Amin" (BETUL)

Catatan dibawah ini diambil dari blog cikgu Khairulaniza Khairuddin

Hadith rujukan: '12 Malaikat'
Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam hadith di atas, Nabi Muhammad tidak menegur kesalahan dan tidak bertanya kenapa dan mengapa. Nabi tidak bertanya "Mengapa?" kepada orang yang melakukan kesalahan kerana beliau tidak menyiasat punca seseorang itu melakukan kesalahan. Dalam hadith itu, seorang lelaki melakukan beberapa kesalahan:

1. Lelaki itu datang lambat ke masjid.
2. Dia bercakap kuat di dalam masjid.
3. Apabila ditanya dia tidak mengaku.

Nabi Muhammad tidak bertanya:

"Mengapa kamu datang lambat?" (SALAH)
"Mengapa kamu buat bising sedangkan orang lain sedang sembahyang?" (SALAH)
"Mengapa kamu tidak menjawab apabila saya tanya? Kamu takut saya akan marahi kamukah?" (SALAH)

Dari satu segi Nabi Muhammad macam pura-pura tidak nampak semua kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu.

Sebaliknya Nabi memuji usaha pemuda itu:
Pemuda itu membaca : 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' yg bermaksud 'Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh kebaikan.'
Nabi memujinya “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”

Subhanallah sungguh mulia akhlak Nabi. Mari kita sama2 mencontohinya..

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri..

Wallahua'lam..
 1 Nov 2012

No comments:

Post a Comment