Followers

Saturday, February 2, 2013

Story #9 - Apabila Maid dan Anak bertelagah..

Perkongsian comel untuk hari ini.

Beberapa hari yang lalu, berlaku tekak-menekak antara anakanda solehah tercinta, Aryssa Humaira (Kakak - berusia 4 tahun) dan my dedicate maid Kak Tie.

Kakak marah-marah Kak Tie kerana permintaannya tidak dituruti.

Kak Tie juga menjawab kakak dengan nada agak tinggi dan kurang senang.

Lalu, saya menggunakan 'Akhlak Rasulullah' untuk menjernihkan keadaan.

Kata saya pada kakak dengan nada yang boleh didengari oleh maid saya - "Kakakkan anak yang solehah. Anak yang solehah good girl"

Kata saya pada maid saya dengan nada yang boleh didengari oleh kakak - "Kak Tie kan bibik yang baik hati, janganlah marah-marah kakak :)"

Kemudian saya terdengar Kak Tie tergelak kecil dan berkata:
"Aku saja je kacau kakak tu"

Saya tersenyum sahaja. Alhamdulillah, keadaan tegang menjadi sejuk :)

Dan kadang-kadang saya terdengar maid saya tatkala kakak buat perangai, "ha, kakak kan anak solehah. Mana boleh buat macam tu"

Wah, dalam hati sangat bersyukur. Maid saya pun sudah pandai menggunakan Teknik Nabi secara tidak langsung.

Rujukan Hadith:
Abdullah bin Abi Aufa melaporkan bahawa Abdul Rahman bin Auf pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang Khalid al-Walid. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Khalid, "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya." Khalid al-Walid pun berkata, "Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan adalah mereka." Nabi Muhammad berkata, "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir." - Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith-hadith autentik Ibn Hibban

Khalid al-Walid dan Abdul Rahman bin Auf adalah dua nama besar dalam sejarah Islam. Kedua-duanya termasuk dalam senarai 10 orang yang dijamin masuk syurga. Hadith di atas melaporkan peristiwa apabila 2 orang tokoh itu berkonflik. Bagi menamatkan konflik antara Khalid al-Walid dan Abdul Rahman bin Auf, Nabi Muhammad memberitahu mereka berdua bahawa masing-masing sama-sama tidak boleh disakiti. Alasan yang diberitahukan adalah disebabkan mereka berdua sama-sama telah memberikan jasa yang besar kepada oragisasi, dalam hal mereka itu, jasa mereka adalah kepada perjuangan Islam.

Strategi Nabi Muhammad:

1. Mengalihkan pandangan kedua-dua pihak yang bermusuhan itu daripada melihat kelemahan dan kesalahan musuhnya kepada melihat kehebatan dan kemuliaan musuh. Ini dilakukan supaya perasaan benci-membenci dialihkan kepada perasaan saling hormat-menghormati dan kagum-mengagumi.

Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad memberitahu kehebatan dan kemuliaan Khalid al-Walid kepada Abdul Rahman bin Auf, dan menerangkan kehebatan dan kemuliaan Abdul Rahman bin Auf kepada Khalid al-Walid.

Kepada Khalid al-Walid Nabi Muhammad berkata: "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya."

Kepada Abdul Rahman bin Auf Nabi Muhammad berkata: "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir."

2. Menukar perasaan sakit hati dan benci terhadap musuhnya kepada perasaan menghormati, memuliakan dan mengagumi musuhnya.

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad sama sekali tidak bertanya tentang apa yang sebenarnya telah berlaku sehingga menyebabkan 2 orang tokoh itu sakit hati dan berkonflik. Sebaliknya beliau menerangkan kehebatan masing-masing. Teknik yang beliau gunakan adalah menggantikan perasaan sakit hati kepada perasaan suka dan puas hati hasil menerima pujian daripada pucuk pimpinan.

3. Memperkenalkan peraturan interaksi sosial yang dikenakan ke atas kedua-dua belah pihak.

Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad memberitahu Abdul Rahman bin Auf supaya tidak menyakiti Khalid dal-Walid, dan memberitahu Khalid al-Walid supaya tidak menyakiti Abdul Rahman bin Auf.

Saya tidak kata pada maid saya:
"Apalah Kak Tie ni marah2 kakak" (SALAH)
"Takkanlah dengan budak 4 tahun pun nak boleh beralah"(SALAH)
"Kakak tu memang macam tu naughty" (SALAH)

Saya juga tidak kata pada kakak:
"Kakak ni naughtyla suka marah-marah"(SALAH)
"Kakak ni belajar dari mana perangai macam ini"(SALAH)
"Kak Tie tu memang macam tu kakak"(SALAH)

Tapi saya katakan pada mereka
"Kata saya pada kakak dengan nada yang boleh didengari oleh maid saya - "Kakakkan anak yang solehah. Anak yang solehah good girl" (BETUL)
Dengan kata lain sebenarnya saya ingin katakan pada maid saya bahawa kakak ialah anak yang baik.

Kata saya pada maid saya dengan nada yang boleh didengari oleh kakak - "Kak Tie kan bibik yang baik hati, janganlah marah-marah kakak :)"(BETUL)
Dengan kata lain sebenarnya saya ingin katakan pada kakak maid saya adalah orang baik-baik.

Alhamdulillah, dengan mencontohi akhlak Rasulullah, keadaan tegang boleh menjadi tenang

Allahumasoliala Muhammad

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

Segala yang baik datang dari Allah, jika ada kesalahan atau kelemahan dari diri saya sendiri.

Rujukan:http://www.psikologihadith.com/2012/04/strategi-politik-psikologi-nabi.html
- 1 Dec 2012

No comments:

Post a Comment