Entri-entri di dalam blog ini adalah bertujuan utk menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pembaca-pembaca atau siapa sahaja kerana ilmu Allah itu luas. Kiranya ilmu ini yang disampaikan ini bermanfaat, maka ianya merupakan HADIAH HARI LAHIR yang paling bermakna bagi saya setelah hidup 30 tahun (pada tarikh catatan post ini) di bumi Allah ini pada hari ini. Subhanallah
Sekadar selingan, semasa streaming video Ust. Don time cuti confinement dahulu (saya baru sahaja melahirkan bayi kecil pada 2 Ogos 2012 yang lalu pada bulan Ramadan), Ust Don ada menceritakan bahawa dia pernah meminta kepada Mualimnya (Gurunya) berdoa supaya beliau menjadi Guru (menyampaikan ilmu)...
Jadinya sekarang saya pun ada niat dan cita2 utk menjadi pendidik dalam menyebarluaskan Akhlak Nabi.Mungkin buat masa ini bukan secara fizikal tapi Subhanallah Allah sudah makbulkan doa saya kerana saya juga boleh menjadi 'guru' di alam maya dengan ilmu yang sedikit ini.
Di harap Allah memberi kesempatan dan saya istiqomah. Insyaallah. Mulia sungguh tugas seorang pendidik selagi mana ilmu yg diberikan itu bermanfaat. Subhanallah..
Saya juga ingin memberi penghargaan kepada hubby tercinta kerana beliau mempunyai akhlak mulia dan berjaya mendidik saya..
Kepada ayahanda, bonda, parents in law, family saya yang tidak putus2 mendoakan saya menjadi anak yg baik semoga mereka juga mendapat saham sekiranya apa yg saya buat ini bermanfaat kepada orang lain..
Subhanallah, Allahumasoliala Muhammad..
Sungguh indah rasanya hari ini lebih indah dari 30 tahun yang lepas :)
Sumber: http://
Mentor cikgu Khairulaniza http://khairulaniza.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment