Followers

Thursday, February 7, 2013

Story #11 - Mummy nak makan?....

Subhanallah,

Happy dan gembira sungguh pabila mendengar kata2 tersebut keluar dari mulut maid yang disayangi Allah dan RasulNya.

Tempoh hari maid berkata kepada saya:
"Mummy nak makan?" - dengan suara yang penuh lembut dan santun.

Allahu Akbar, maka nikmat Allah yang manakah mahu saya dustakan?

--------------------------------------------------------------------------------------

Jadinya semalam, sewaktu saya pulang dari office, tika buka pintu hadapan saya tercium bau masakan. Lalu saya juga ingin menggembirakan maid saya. Lalu saya berkata:

"Wahhhh, wanginyaaaa bau ini" (referring to my maid yg tengah ada didapur) dengan kadar suara yang boleh didengarinya (PUJIAN)

"Saya dah lapar ni. Boleh ke saya makan?" (IMPAK)

Teknik - Melebih-lebihkan pujian.

Rujukan Hadith:


Muaz bin Jabal memberitahu bahawa beliau pernah bertanya kepada Nabi Muhammad: "Wahai Rasul Allah, terangkan kepada saya amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga." Nabi Muhammad berkata, "Bakh! Bakh! Sesungguhnya saudara telah bertanyakan suatu soalan yang agung. Ia menjadi mudah bagi sesiapa yang diberi kemudahan oleh Allah. Lakukanlah sembahyang yang ditetapkan, dan bayarlah zakat yang diwajibkan." - Hadith ini direkodkan dalam Musnad Abu Daud. 

Nabi Muhammad adalah seorang yang pandai mendorong orang supaya suka menadah ilmu daripada beliau.

Salah satu strategi yang beliau gunakan adalah dengan melebih-lebihkan pujian.

Sebagai contoh, dalam hadith di atas Nabi Muhammad menggunakan perkataan 'agung' bagi memuji pertanyaan yang dikemukakan oleh Muaz bin Jabal, meskipun bagi orang yang berilmu soalan seperti itu mungkin dipersepsi sebagai biasa-biasa sahaja bunyinya.

Jawapan Nabi Muhammad kepada orang yang bertanya itu adalah: "Bakh! Bakh! Sesungguhnya saudara telah bertanyakan suatu soalan yang agung. Ia menjadi mudah bagi sesiapa yang diberi kemudahan oleh Allah. Lakukanlah sembahyang yang ditetapkan, dan bayarlah zakat yang diwajibkan."

Ayat jawapan Nabi Muhammad itu terdiri daripada 4 ayat. Tiga daripada 4 ayat itu adalah ayat pujian, manakala satu ayat adalah jawapan. Susunan jawapan itu pula, ayat-ayat pujian disebut dahulu, kemudian baru ayat jawapan. Malah, Nabi Muhammad membuka jawapannya dengan mengucapkan kata seruan kekaguman: Bakh! Bakh!

Ayat 1."Bakh! Bakh! = Kata seruan kagum.
Ayat 2. Sesungguhnya saudara telah bertanyakan suatu soalan yang agung. = Memuji perbuatan bertanya soalan yang agung.
Ayat 3. Ia menjadi mudah bagi sesiapa yang diberi kemudahan oleh Allah. Memuji ciri soalan yang agung itu.
Ayat 4. Lakukanlah sembahyang yang ditetapkan, dan bayarlah zakat yang diwajibkan." = Jawapan kepada soalan.

Nota saya: Bila kita melebih-lebihkan pujian kepada maid kita, self esteem mereka akan naik dan mereka juga akan gembira bekerja dengan kita :)

Sumber rujukan: http://www.psikologihadith.com


Saturday, February 2, 2013

Story #10 - Rumah yang kemas...

Pagi semalam, sewaktu bersiap2 mahu ke tempat kerja saya melihat ruang tamu rumah sudah cantik bersih dikemas bibik..

Dalam hati, oh saya harus memuji bibik supaya dia terdorong utk mengemas rumah lg dan sebagai ganjaran sosial supaya rasa diri dihargai..

Tetapi sewaktu saya melangkah keluar rumah, bibik sedang memandikan hazieq di bilik hazieq, jadi saya tidak berkesempatan utk memuji sikap baiknya itu..

Dalam kereta otw to office saya rasa bersalah kerana tidak sempat memuji...tidak sempat memberi penghargaan kpd bibik saya..

Pulang dari kerja, keadaan rumah tidak seperti pagi tadi (bersih dan kemas) kerana kakak sudah pulang dari sekolah dan hasil bermain2 dgn hazieq rumah akan kelihatan seperti "tongkang pecah" hehe :D Saya tidak memarahi bibik sebaliknya memujinya:

Saya : "Kak Tie, saya x sempat nak bagitahu pagi tadi..Tahniah..Rumah pagi tadi bersih...Saya suka seronok sgt :)"
Kemudian saya angkat tangan "Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih kau kurniakan saya bibik yang rajin..Semoga beliau dimurahkan rezeki..Amin"

Saya lihat bibik saya tersipu2 tetapi gembira :)

Usai solat Isyak, kami sekeluarga keluar rumah pegi melawat bonda saya tercinta kerana pagi ini beliau bersama2 dgn kakak2 saya akan pergi cuti2 ke negara jiran sambil bershopping..Menziarahi bonda utk mendoakan perjalanannya selamat pergi dan pulang..

Pulang dari melawat bonda, apabila saya buka pintu rumah saya tersenyum lebar...rumah saya in a VERY PERFECT CONDITION..sgt kemas tersusun cantik :) Bibik sudah tidur agaknya...

Terdetik dalam hati, adakah pujian tadi mendorongnya lebih bersemangat utk mengemas rumah... Subhanallah Maha suci Allah, Allahuma Soliala Muhammad...dengan mencontohi akhlak Nabi orang yg dipuji terdorong utk melakukan lebih kebaikan sampaikan tidak disangka2...I wont expect her to clean up the house since its already nite time, selalunya dia akan kemas pagi2 tapi the impact is beyond my expectation...Terima Kasih Allah!~

Tips utk hari ni:
Semasa saya pulang dari office, melihat rumah bersepah saya tidak memarahi bibik saya...saya tidak berkata:
Saya balik kerja penat2 tgk rumah bersepah sakit mata saya (SALAH)
Takkanlah kemas rumah sikit pun tak boleh (SALAH)
Ish, sepahnyaa rumahhhhhh (SALAH)

Sebaliknya saya memuji tindakannya pagi tadi yang telah membersihkan rumah:
Puji usahanya "Kak Tie, saya x sempat nak bagitahu pagi tadi..Tahniah.." (BETUL)
Impak dari usahana membersihkan rumah "Rumah pagi tadi bersih...Saya suka seronok sgt :)" (BETUL)
Saya mendoakannya "Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih kau kurniakan saya bibik yang rajin..Amin" (BETUL)

Catatan dibawah ini diambil dari blog cikgu Khairulaniza Khairuddin

Hadith rujukan: '12 Malaikat'
Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam hadith di atas, Nabi Muhammad tidak menegur kesalahan dan tidak bertanya kenapa dan mengapa. Nabi tidak bertanya "Mengapa?" kepada orang yang melakukan kesalahan kerana beliau tidak menyiasat punca seseorang itu melakukan kesalahan. Dalam hadith itu, seorang lelaki melakukan beberapa kesalahan:

1. Lelaki itu datang lambat ke masjid.
2. Dia bercakap kuat di dalam masjid.
3. Apabila ditanya dia tidak mengaku.

Nabi Muhammad tidak bertanya:

"Mengapa kamu datang lambat?" (SALAH)
"Mengapa kamu buat bising sedangkan orang lain sedang sembahyang?" (SALAH)
"Mengapa kamu tidak menjawab apabila saya tanya? Kamu takut saya akan marahi kamukah?" (SALAH)

Dari satu segi Nabi Muhammad macam pura-pura tidak nampak semua kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu.

Sebaliknya Nabi memuji usaha pemuda itu:
Pemuda itu membaca : 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' yg bermaksud 'Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh kebaikan.'
Nabi memujinya “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”

Subhanallah sungguh mulia akhlak Nabi. Mari kita sama2 mencontohinya..

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri..

Wallahua'lam..
 1 Nov 2012

Story #9 - Apabila Maid dan Anak bertelagah..

Perkongsian comel untuk hari ini.

Beberapa hari yang lalu, berlaku tekak-menekak antara anakanda solehah tercinta, Aryssa Humaira (Kakak - berusia 4 tahun) dan my dedicate maid Kak Tie.

Kakak marah-marah Kak Tie kerana permintaannya tidak dituruti.

Kak Tie juga menjawab kakak dengan nada agak tinggi dan kurang senang.

Lalu, saya menggunakan 'Akhlak Rasulullah' untuk menjernihkan keadaan.

Kata saya pada kakak dengan nada yang boleh didengari oleh maid saya - "Kakakkan anak yang solehah. Anak yang solehah good girl"

Kata saya pada maid saya dengan nada yang boleh didengari oleh kakak - "Kak Tie kan bibik yang baik hati, janganlah marah-marah kakak :)"

Kemudian saya terdengar Kak Tie tergelak kecil dan berkata:
"Aku saja je kacau kakak tu"

Saya tersenyum sahaja. Alhamdulillah, keadaan tegang menjadi sejuk :)

Dan kadang-kadang saya terdengar maid saya tatkala kakak buat perangai, "ha, kakak kan anak solehah. Mana boleh buat macam tu"

Wah, dalam hati sangat bersyukur. Maid saya pun sudah pandai menggunakan Teknik Nabi secara tidak langsung.

Rujukan Hadith:
Abdullah bin Abi Aufa melaporkan bahawa Abdul Rahman bin Auf pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang Khalid al-Walid. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Khalid, "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya." Khalid al-Walid pun berkata, "Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan adalah mereka." Nabi Muhammad berkata, "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir." - Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith-hadith autentik Ibn Hibban

Khalid al-Walid dan Abdul Rahman bin Auf adalah dua nama besar dalam sejarah Islam. Kedua-duanya termasuk dalam senarai 10 orang yang dijamin masuk syurga. Hadith di atas melaporkan peristiwa apabila 2 orang tokoh itu berkonflik. Bagi menamatkan konflik antara Khalid al-Walid dan Abdul Rahman bin Auf, Nabi Muhammad memberitahu mereka berdua bahawa masing-masing sama-sama tidak boleh disakiti. Alasan yang diberitahukan adalah disebabkan mereka berdua sama-sama telah memberikan jasa yang besar kepada oragisasi, dalam hal mereka itu, jasa mereka adalah kepada perjuangan Islam.

Strategi Nabi Muhammad:

1. Mengalihkan pandangan kedua-dua pihak yang bermusuhan itu daripada melihat kelemahan dan kesalahan musuhnya kepada melihat kehebatan dan kemuliaan musuh. Ini dilakukan supaya perasaan benci-membenci dialihkan kepada perasaan saling hormat-menghormati dan kagum-mengagumi.

Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad memberitahu kehebatan dan kemuliaan Khalid al-Walid kepada Abdul Rahman bin Auf, dan menerangkan kehebatan dan kemuliaan Abdul Rahman bin Auf kepada Khalid al-Walid.

Kepada Khalid al-Walid Nabi Muhammad berkata: "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya."

Kepada Abdul Rahman bin Auf Nabi Muhammad berkata: "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir."

2. Menukar perasaan sakit hati dan benci terhadap musuhnya kepada perasaan menghormati, memuliakan dan mengagumi musuhnya.

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad sama sekali tidak bertanya tentang apa yang sebenarnya telah berlaku sehingga menyebabkan 2 orang tokoh itu sakit hati dan berkonflik. Sebaliknya beliau menerangkan kehebatan masing-masing. Teknik yang beliau gunakan adalah menggantikan perasaan sakit hati kepada perasaan suka dan puas hati hasil menerima pujian daripada pucuk pimpinan.

3. Memperkenalkan peraturan interaksi sosial yang dikenakan ke atas kedua-dua belah pihak.

Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad memberitahu Abdul Rahman bin Auf supaya tidak menyakiti Khalid dal-Walid, dan memberitahu Khalid al-Walid supaya tidak menyakiti Abdul Rahman bin Auf.

Saya tidak kata pada maid saya:
"Apalah Kak Tie ni marah2 kakak" (SALAH)
"Takkanlah dengan budak 4 tahun pun nak boleh beralah"(SALAH)
"Kakak tu memang macam tu naughty" (SALAH)

Saya juga tidak kata pada kakak:
"Kakak ni naughtyla suka marah-marah"(SALAH)
"Kakak ni belajar dari mana perangai macam ini"(SALAH)
"Kak Tie tu memang macam tu kakak"(SALAH)

Tapi saya katakan pada mereka
"Kata saya pada kakak dengan nada yang boleh didengari oleh maid saya - "Kakakkan anak yang solehah. Anak yang solehah good girl" (BETUL)
Dengan kata lain sebenarnya saya ingin katakan pada maid saya bahawa kakak ialah anak yang baik.

Kata saya pada maid saya dengan nada yang boleh didengari oleh kakak - "Kak Tie kan bibik yang baik hati, janganlah marah-marah kakak :)"(BETUL)
Dengan kata lain sebenarnya saya ingin katakan pada kakak maid saya adalah orang baik-baik.

Alhamdulillah, dengan mencontohi akhlak Rasulullah, keadaan tegang boleh menjadi tenang

Allahumasoliala Muhammad

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

Segala yang baik datang dari Allah, jika ada kesalahan atau kelemahan dari diri saya sendiri.

Rujukan:http://www.psikologihadith.com/2012/04/strategi-politik-psikologi-nabi.html
- 1 Dec 2012

Story #8 - Memuji di hadapan VVIP

Sudah agak lama saya tidak update perihal maid saya yang sudah menjadi maid yang sungguh cemerlang setelah saya mengamalkan 'Akhlak Rasulullah SAW' kpd beliau sejak bulan Sept/Oct yang lalu.

Allahumasoliala Muhammad..

Perubahan sikap yang sangat ketara sehingga bonda menceritakan pada suatu hari tatkala bonda singgah di rumah saya sebentar (saya tiada dirumah), bonda mahu terus segera pulang ke rumahnya. Tiba2 maid saya berlari mendapatkan bonda, beliau segera menyerahkan 'sambal' buatannya kepada bonda sambil berkata "Ibu, tidak mahu singgah dahulu?"

Wah, bila bonda bercerita, saya sangat kagum dengan kecemerlangan Maid saya itu. Perubahan sikap 'above expectation' :)

Ok itu satu cerita, satu cerita lagi ada satu insiden tika bonda dan ayahanda datang melawat saya dan keluarga pada suatu hari.

Pada saat itu, Maid saya ke ruang tamu, ingin memakaikan diapers kepada kakak (4 tahun) kerana beliau sudah tertidur di ruang tamu.

Lalu saya berkata kepada maid saya "Kak Tie, pakaikan pampers kakak dalam bilik kakaklah" (tujuan sebenar kerana agak kurang sopan tika tetamu lain ada diruang tamu)

Maid saya menjawab : "Ala pakai disini sahajalah" (Saya tahu beliau agak keberatan untuk mengangkat kakak ke biliknya)

Lalu saya menggunakan 'Teknik Nabi' memuji di depan VVIP.

Saya pun berkata "Kak Tie kan bibik BAIK HATI, tukar pampers kakak dalam bilik kakak ok?"

Subhanallah, walaupun dengan hati yg berat beliau angkat kakak dan ke bilik kakak untuk memakaikan diapersnya.

Kesimpulan saya sendiri:
1) Bila seseorg dipuji di depan khalayak, self esteem dia akan meningkat naik.
2) Impak yang lebih besar kerana dipuji secara terbuka
3) Penghargaan lebih besar kerana ada orang2 VVIP (bonda dan ayahanda saya) tika itu

Rujukan Hadith:
Anas bin Malik melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil dia membaca dengan kuat 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat.) Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”

Kesimpulan hadith: Pemuda itu dipuji didepan para sahabat dan jemaah yang solat bersama Rasulullah :)

Allahumasoliala Muhammad

Yang baik datang dari Allah, yang buruk dtg dari kelemahan dan kesilapan saya sendiri.
 27 Dec 2012

Story #7 - Apabila selalu mendoakan anak di hadapan Maid..

Subhanallah,

Apabila selalu mendoakan anak-anak di hadapan maid, sebentar tadi tika kakak menangis-nangis kerana ada yang tidak kena dihatinya saya mendengar maid saya berkata:

"Kakak kan anak yang Soleh"

Wah, saya sungguh gembira, maid saya juga mendoakan kakak, walaupun kakak sepatutnya Solehah tapi niat itu yang penting.

Kawan-kawan, doakan anak2 bila2 sahaja dan biarkan orang disekeliling dengar agar mereka juga akan mendoakan yang sama pada anak kita :) ♥

Allahumasoliala Muhammad..
 
27 dec 2012

Story #6 - Ilmu ayat tawaran diingatkan oleh Maid

Allahu Allah, setelah maid saya buat tawaran pada kakak (4 thn 2 bulan) sebentar tadi kakak datang kepada saya dan berkata:

Mummy mummy, hazieqkan dia kan buang kopok (keropok).

Lalu saya pergi ke Hazieq (2 thn 3 bulan) dan nampak keropok bersepah-sepah di atas lantai. Saya teringat akan tawaran maid saya sebentar tadi lalu saya pun berkata:

"Siapa nak jadi anak yang soleh dan solehah?" (dengan nada suara boleh didengari oleh kedua-duanya). Saya pun sambung:
"Siapa nak jadi anak yang soleh dan solehah kita clean up sama-sama dan letak keropok atas meja"

Immediately, Hazieq dan kakak (si pengadu tadi) bekerjasama membersihkan bukan sahaja keropok malahan tisu-tisu semua di atas carpet.

Subhanallah, terus bersih. Allahumasoliala Muhammad ♥

Wah, hari ini saya ilmu saya diingatkan oleh maid saya... Gembiranyaaa Allahu Akbar ♥

Note: Jika mahu membaca hadith berkenaan bahasa tawaran yang digunakan oleh Rasulullah SAW ada dalam sharing post ini :)

Story #5 - Apabila maid juga mengamalkan Sunnah Baginda Rasulullah SAW :)

Wahhh, sebentar tadi maid saya membuat ayat tawaran kepada kakak (4thn 2 bulan).

Kata maid saya : "Ha tolong tolong. Siapa tolong Allah akan beri pahala yang banyak"

Beberapa minit kemudian saya dengar maid saya berkata: Tq dengan nada yang manis :) (Mungkin kakak menerima tawaran maid saya :D)

Rujukan Hadith:
Abdullah bin Mas'ud melaporkan pada suatu masa beliau dengan sekitar 40 orang lelaki lain bersama-sama Nabi Muhammad berada di bawah khemah yang diperbuat daripada kulit. Nabi Muhammad berkata, “Sukakah saudara-saudara menjadi seperempat daripada semua penduduk syurga?” Mereka semua menjawab, “Ya.” Nabi Muhammad berkata lagi, “Sukakah saudara-saudara menjadi sepertiga daripada semua penduduk syurga?” Mereka semua menjawab, “Ya.” Lalu Nabi Muhammad berkata, “Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di dalam genggamannya, sesungguhnya saya mahukan saudara-saudara menjadi separuh daripada semua penduduk syurga. Sedangkan syurga itu hanya dapat dimasuki oleh jiwa yang muslim. Dan, perbandingan antara saudara-saudara dengan mereka yang menyembah berhala adalah umpama sehelai bulu putih pada kulit seekor seladang hitam, ataupun umpama sehelai bulu hitam pada kulit seekor seladang putih.” -- Hadith No. 102 dalam buku Ringkasan Sahih Muslim

Dalam hadith ini Nabi Muhammad menawarkan kepada mereka peluang memasuki syurga.

Baginda memulakan ucapan dengan bertanya: “Sukakah saudara-saudara menjadi seperempat daripada semua penduduk syurga?”

Wah maid saya juga sudah membuat tawaran menggunakan Sunnah Rasulullah. Allahumasoliala Muhammad ♥

Pasti malaikat tak jemu2 menulis pahala kebaikan kepada dirinya. Amin :)
- 5 Jan 2013