Happy dan gembira sungguh pabila mendengar kata2 tersebut keluar dari mulut maid yang disayangi Allah dan RasulNya.
Tempoh hari maid berkata kepada saya:
"Mummy nak makan?" - dengan suara yang penuh lembut dan santun.
Allahu Akbar, maka nikmat Allah yang manakah mahu saya dustakan?
--------------------------------------------------------------------------------------
Jadinya semalam, sewaktu saya pulang dari office, tika buka pintu hadapan saya tercium bau masakan. Lalu saya juga ingin menggembirakan maid saya. Lalu saya berkata:
"Wahhhh, wanginyaaaa bau ini" (referring to my maid yg tengah ada didapur) dengan kadar suara yang boleh didengarinya (PUJIAN)
"Saya dah lapar ni. Boleh ke saya makan?" (IMPAK)
Teknik - Melebih-lebihkan pujian.
Rujukan Hadith:
Muaz bin Jabal memberitahu bahawa beliau pernah bertanya kepada Nabi Muhammad: "Wahai Rasul Allah, terangkan kepada saya amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga." Nabi Muhammad berkata, "Bakh! Bakh! Sesungguhnya saudara telah bertanyakan suatu soalan yang agung. Ia menjadi mudah bagi sesiapa yang diberi kemudahan oleh Allah. Lakukanlah sembahyang yang ditetapkan, dan bayarlah zakat yang diwajibkan." - Hadith ini direkodkan dalam Musnad Abu Daud.
Salah satu strategi yang beliau gunakan adalah dengan melebih-lebihkan pujian.
Sebagai contoh, dalam hadith di atas Nabi Muhammad menggunakan perkataan 'agung' bagi memuji pertanyaan yang dikemukakan oleh Muaz bin Jabal, meskipun bagi orang yang berilmu soalan seperti itu mungkin dipersepsi sebagai biasa-biasa sahaja bunyinya.
Jawapan Nabi Muhammad kepada orang yang bertanya itu adalah: "Bakh! Bakh! Sesungguhnya saudara telah bertanyakan suatu soalan yang agung. Ia menjadi mudah bagi sesiapa yang diberi kemudahan oleh Allah. Lakukanlah sembahyang yang ditetapkan, dan bayarlah zakat yang diwajibkan."
Ayat jawapan Nabi Muhammad itu terdiri daripada 4 ayat. Tiga daripada 4 ayat itu adalah ayat pujian, manakala satu ayat adalah jawapan. Susunan jawapan itu pula, ayat-ayat pujian disebut dahulu, kemudian baru ayat jawapan. Malah, Nabi Muhammad membuka jawapannya dengan mengucapkan kata seruan kekaguman: Bakh! Bakh!
Ayat 1."Bakh! Bakh! = Kata seruan kagum.
Ayat 2. Sesungguhnya saudara telah bertanyakan suatu soalan yang agung. = Memuji perbuatan bertanya soalan yang agung.
Ayat 3. Ia menjadi mudah bagi sesiapa yang diberi kemudahan oleh Allah. = Memuji ciri soalan yang agung itu.
Ayat 4. Lakukanlah sembahyang yang ditetapkan, dan bayarlah zakat yang diwajibkan." = Jawapan kepada soalan.
Nota saya: Bila kita melebih-lebihkan pujian kepada maid kita, self esteem mereka akan naik dan mereka juga akan gembira bekerja dengan kita :)